About Darwisya :

My photo
hi. in this blog i will describe little more about me, my situation and knowledge to you all. not interesting story about me that I always or will share. kehkeh :P i'm not too active or updated on this blog. assalamualaikum

Thursday, 25 October 2012

Pahala Percuma!

Fikiran kita agak semak. Kita terkedu . Pedih. Kita cuba untuk berfikiran sepositif mungkin sebab kite yakin, ada hikmah disebalik semua ini. untuk mereka yang mengata, mengutuk dan mencemuh di belakang kite, terima kasih! Yes, you did a very good job. Sekurang-kurangnya, saya dapat pahala percuma! 

Doa mohon kesabaran
Ertinya : "Ya Allah yang maha mencukupkan untukku dari yang sebaik-baiknya melindungi aku. Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran dalam hati kami, dan jadikanlah kami mati di dalam Islam.''

Catatan: Tatkala Rasulullah pergi menziarahi seorang sahabatnya yang sakit, baginda bersabda : ''Hai saudaraku, sabarlah. Sebab sekiranya kamu bersabar, kamu akan keluar dari dosa-dosamu, sebersih seperti saat kamu dikeluarkan.''

Doa hilang marah
Ertinya : ''Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah! Ampunkanlah dosaku, dan hilangkan kemarahan hatiku dan selamatkanlah aku dari godaan syaitan yang terkutuk.''

 Ya Allah, berikanlah kite petunjuk. Berikanlah kite kekuatan. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, hina dan dina. Ya Allah,Ya Tuhanku, awak lembutkanlah insan-insan yang membenci diriku ini. Hmm. Yang mungkin membaca blog kite ni, seandainya korang semua memang sengaja menyakitkan hati kite, terima kasih banyak-banyak. Kite cuba untuk memaafkan korang semua sebab kite tak nak hati kite dikotori dengan benda-benda macam ni. Lets forgive dan forget! Jika kemenangan yang korang semua mahukan, kamu sudah menang! Bergembiralah!

No comments:

Post a Comment